Ahad, 18 Januari 2009

Mr Bean.

Muhd Amirul Bin Zainudin
4L1
Kejayaan Mr Bean.

Bila disebutkan “Mr Bean”, ramai orang akan terfikir akan tentang pelakon komedi yang bernama Rowan Atkinson. Walaubagaimanapun, Singapura mempunyai sebuah cawangan yang amat beruntung sekali yang dinamakan “Mr Bean”. Cawangan ini, yang dimulakan oleh Encik Kang Puay Seng dan Encik Loh Jwee Poh, menjual bermacam produk yang menggunakan kacang soya. Ramai orang Singapura yang tahu akan cawangan ini. Ia nama yang dikenali oleh ramai orang Singapura.

Mr Bean bermula dengan sebuah gerai yang sederhana sahaja. Gerai itu terletak di People’s Park Food Centre. Ia menjual air dan dadih kacang soya. Encik Kang dan Encik Loh mengkongsikan kos untuk membuka kedai itu. Selepas tiga tahun kemudian, mereka membuat pilihan yang amat unik dan aneh bagi ramai orang. Mereka membuka satu cawangan kedua mereka di pusat membeli-belah di Hougang Mall. Kali ini kosnya amat mahal kerana kedai itu harus direnovasikan. Ia memerlukan tempat duduk, papan tanda yang cantik dan lain-lain lagi. Dahulu, Mr Bean mempunyai satu orang sahaja pekerja. Sekarang, ia mempunyai lebih daripada 420 orang pekerja.

Mr Bean sekarang bertambah maju hari semakin hari. Ia melatih pekerja-pekrja supaya mereka berkebolehan untuk menyumbang kepada syarikat tersebut. Mr Bean juga menawarkan pekerjaan bagi pekerja-pekerja yang baru dibuang kerja. Syarikat ini menganggap semua pekerja-pekerjanya berharga.
Syarikat ini menggunakan mesin-mesin yang amat canggih untuk membuat produk-produk mereka. Jadi, ia memang sangat penting untuk melatih pekerja-pekerja mereka untuk menggunakan mesin-mesin ini supaya produk yang dibuat berkualiti. Dengan menggunakan mesin-mesin yang canggih ini penyediaan makanan akan lebih cepat dan berjalan dengan lancar.

Penyelidikan dan perkembangan produk-produk Mr Bean juga menjadi peranan penting bagi syarikat ini. Syarikat in menyelidik apakah citarasa pelanggan mereka. Dengan menyediakan produk-produk yang dimahukan pelanggan-pelanggan mereka, syarikat ini akan mendapat lebih untung. Mr Bean telah melancarkan lempeng ala Jepun. Lempeng ini mempunyai banyak perisa seperti kacang, keju dan lebih lagi. Mr Bean juga menjualkan biskut dan ais krim kacang soya yang rendah lemak.
Makanan yang dihasilkan Mr Bean bukan sahaja enak tetapi ia juga berkhasiat. Ia telah diiktirafkan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB). Mr Bean juga berancang untuk mendapatkan sijil halal bagi kesemua cawangan mereka. Sijil halal ini penting kerana ada juga seberapa orang dalam masyarakat Melayu atupun Islam yang berasa waswas dengan makanan yang disediakan Mr Bean. Ia amat sukar sedikit untuk mendapatkan sijil halal kerana syarikat Mr Bean harus mendapatkan sijil itu untuk kesemua 50 buah cawangan mereka. Jadi ia mengambil masih yang amat lama sedikit.

Salah satu daripada factor kejayaan Mr Bean ialah pilihan lokasi mereka. Mr Bean memilih lokasi yang perdekatan dengan stesen-stesen MRT dan sebagainya. Motif mereka ialah untuk menarik pembeli setiap masa dari pagi ke malam. Pembeli mungkin ingin bersarapan sebelum bekerja ataupun ke sekolah dan pada waktu malam mungkin mereka inginkan memakan snek. Mr Bean juga mempunyai satu cawangan di Terminal 1. Ia agak mahal untuk mengadakan cawangan di sana, lebih kurang $100,000. Namun, Mr Bean sanggup berbuat demikian untuk membinakan jenamanya. Begitu juga dengan menggadakan cawangan di pusat membeli-belah.
Mr Bean juga beraspirasi untuk bukan berkembang di Singapura sahaja, malah di luar negara juga. Mr Bean mempunyai beberapa cawangan di Malaysia, Indonesia, United Kingdom, Australia dan juga Korea Selatan. Mr Kang hendak jenama Mr Bean menjadi jenama global, bukan lokal sahaja. Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna Mr Kang tidak mahu membuka lagi cawangan Mr Bean di Singapura lagi. Mr Kang percaya bahawa ‘pasaran Singapura masih belum penuh lagi’. Mr Kang masih ingin lagi memuka lebih banyak cawangan di sini.

Mr Bean mempunyai pelanggan-pelanggan yang bukan sahaja orang tua sahaja. Ia juga mempunyai pelanggan-pelanggan seperti remaja-remaja. Ia diterima oleh golongan remaja sebagai suatu kedai yang bukan kuno. Mr Bean telah berjaya untuk melenyapkan tanggapan lama yang gerai-gerai yang menjual air dan dadih kacang soya dikaitkan dengan kedai di pusat kedai makanan.

Jadi, Mr Bean adalah syarikat yang amat berjaya. Ia telah memenangi jenama terbaik buat tiga tahun berturut-turut. Syabas kepada Encik Kang dan Encik Loh dengan idea dan inovasi mereka yang baik sekali.

Tiada ulasan: