Ahad, 11 Januari 2009

Karangan Kerjaya

Kerjaya.

Semua orang tentu mempunyai aspirasi kerjaya masing-masing. Ia sebuah aspek yang amat penting dalam kehidupan seseorang itu. Ia menentukan kejayaan seseorang dalam hidup ini. Jadi, seseorang itu haruslah memilih kerjaya yang baik untuk dirinya. Untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya, seseorang harus mempunyai minat dalam kerjaya itu. Tidak gunanya memilih sesuatu kerjaya yang tidak diminati. Dan juga seseorang itu tidak perlu membuang masa untuk menukar kerjaya atau sebagainya.
Bagi saya, saya meminati bidang forensik. Saya telah meminati bidang ini sejak saya berumur 11 tahun. Saya mengetahui tentang adanya bidang kerjaya ini apabila saya menonton siri televisyen ‘CSI’. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pakar forensic bila saya dewasa kelak. Ruang lingkup kerjaya ini ialah mengkaji tubuh mayat. Ia sama juga seperti seorang koroner. Seorang pakar forensic diberi tugasan penentuan identifikasi mayat. Kerja ini boleh dibuat dengan mengkaji tulang-tulang dan tengkorak. Sekarang pemeriksaan forensik lebih berkembang dan lebih luas. Ini kerana kes-kes pembunuhan lebih kompleks berbandingkan dahulu. Identifikasi rangka ataupun sisa tubuh penting untuk mendapatkan infomasi yang penting supaya pembunuh dapat diberkas. Sekarang, teknologi amat canggih. Dengan menggunakan mesin-mesin yang tertentu seorang pakar forensic boleh menggunakan sesisa kulit daripada jasad orang yang dibunuh dan boleh mendapatkan infomasi yang tertentu. Infomasi ini ialah seperti perkiraaan umur mereka, bentuk tubuh ataupun pertalian ras. Seorang pakar forensik juga boleh mendapat tahu perkiraan waktu kematian dan penyebab kematian.
Untuk menjadi seorang pakar forensik, saya harus mempunyai kemahiran am iaitu biologi. Ia amat penting kerana saya harus mengetahui dengan lebih lanjut tentang subjek itu. Kemahiran khusus seperti osteologi ataupun dentisi juga penting. Dengan kemahiran khusus ini saya boleh mengenalpasti jasad-jasad dengan tulang ataupun gigi mereka. Osteopologi perlu kerana ia penting untuk memastikan bahawa tulang yang mungkin dijumpai itu ialah manusia ataupun bukan.
Saya harus bermula bersedia sekarang supaya saya boleh mencapai aspirasi saya untuk menjadi seorang pakar forensik. Langkah pertama ialah untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin pangkat ‘A1’ untuk peperiksaan peringkat ‘O’ saya. Jika saya berjaya mendapatkan keputusan yang diingini saya, akan senanglah untuk diterima politeknik ataupun maktab rendah yang menawarkan kursus yang diingini. Saya lebih selesa jikalau saya diterima politeknik daripada maktab rendah. Saya rasa politeknik menawarkan lebih banyak pengalaman daripada maktab rendah. Walaupun lebih senang untuk belajar di menara gading jika saya ke maktab rendah, saya akan tetap memilih untuk belajar di politeknik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bidang forensik, saya boleh mencari artikel-artikel di internet ataupun boleh mengujungi ke perpustakaan untuk mencari buku-buku tentangnya.
Manfaat peribadi kerjaya ini ialah gajinya boleh dikatakan lumayan juga jika seseorang itu betul-betul mahir dalam kerjaya ini. Kes-kes penjenayahan boleh mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Jadi jika sebuah kes yang amat rumit dapat diselesaikan, seseorang itu akan berasa bangga dengan kejayaannya dan berasa puas hati kerana kerja kerasnya berhasil.
Seorang pakar forensik berpeluang untuk memberikan banyak sumbangan kepada negara mereka. Kerana kerja merekalah, para pembunuh dapat diberkas dan mereka dapat membuat negara mereka lebih selamat.

Tiada ulasan: